Kelas Kesedaran Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain
20 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2026, seorang peserta telah menonton video Kelas Kesedaran bertajuk “Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain” melalui platform LMS eSukan. Kelas ini memberi penekanan terhadap kepentingan komitmen yang serius dalam bidang e-sukan bagi membentuk pemain yang berdisiplin dan profesional.
Melalui video tersebut, peserta didedahkan bahawa e-sukan memerlukan komitmen yang tinggi dan bukan sekadar bermain untuk hiburan. Disiplin masa merupakan faktor utama yang membezakan pemain biasa dengan pemain profesional. Selain itu, komitmen seorang pemain bukan hanya ditunjukkan ketika pertandingan berlangsung, malah melibatkan latihan berterusan, persediaan mental serta pengurusan masa yang teratur.
Video ini turut menekankan bahawa sikap seseorang pemain akan menentukan reputasi mereka dalam pasukan dan komuniti. Modul yang disampaikan memberi fokus kepada aspek disiplin dan tanggungjawab sebagai asas penting dalam membentuk pemain yang berkualiti dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: